Sihir

Tuesday, April 21, 2009

Manifesto Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - Sudahkah ditunaikan?

Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan


Urustadbir Berwibawa
Memastikan Semua Pemimpin Bersih Dari Rasuah
Menyiasat Penyelewengan Pentadbiran Tanah Dan Sumber Negeri
Menghentikan projek-projek membazir dan rugi
Memastikan ketelusan pentadbiran negeri
Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan
Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan

Sosial Dan Kebajikan Rakyat
Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap kelahiran Selangor
Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran Universiti Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim Memberi elaun ibu tunggal yang layak
Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam

Kesihatan Rakyat
Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi Rakyat
Menyediakan premis perniagaan yang cukup Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%
Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.
Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan Rakyat
Menguatkuasa syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.
Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita

Sila layari

http://www.selangor.gov.my/main.php

321 belia perintis latihan kemahiran bergaji minimum RM2,000

KUALA SELANGOR, Sabtu 3 Mei : Seramai 321 belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok bakal menjadi perintis kepada program latihan kemahiran khas dengan diberi jaminan gaji minimum RM2,000 selepas dua tahun bekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata dalam kursus itu, belia terbabit akan disaring bagi menentukan jenis latihan berdasarkan minat serta kemahiran masing-masing.

“Mereka daripada pelbagai latar belakang pendidikan termasuk lulusan universiti serta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan masih menganggur,” ujarnya.

Menurut beliau. Kesemua 321 belia termasuk wanita akan memulakan kursus motivasi selama seminggu di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 13 Mei ini.

Selepas saringan itu katanya, belia terpilih akan dihantar menjalani latihan kemahiran di dua institusi iaitu di Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IYKS) dan Kolej Antarabangsa Inpens.

Dr Halimah berkata, kumpulan itu adalah yang pertama terpilih mengikuti program khas anjuran kerajaan negeri. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil IKYS ketujuh di sini, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memberi jaminan bahawa setiap belia di negeri itu bakal menerima gaji minimum RM2,000 selepas dua tahun bekerja melalui modul khas tersebut.

Belia yang berjaya menamatkan latihan tetapi masih mendapat gaji kurang daripada RM2,000 selepas tempoh dua tahun akan dipanggil balik untuk diberikan kursus lanjutan.

Bagaimanapun, menurut Dr. Halimah, lulusan universiti tidak perlu mengikuti latihan kemahiran sebaliknya akan diserap terus ke syarikat swasta atau agensi kerajaan bagi menjalani latihan praktikal selama enam bulan.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Yayasan Selangor, Takril Tasuki dan Presiden Kolej Antarabangsa Inpens, Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sherrif.

Sunday, April 19, 2009

Kenangan di Penang


dah lama aku tak pi Penang

di rumah Shahidan selepas makan, memang sedap masakannya, aku tambah 3X

alahai terlupa nak beli tiket la pakcik

Monday, April 6, 2009