Sihir

Friday, November 27, 2009

Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya


Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut (i.e. hari Jumaat)?
Jawapan:
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada Idul Fitri mahupun Idul Adha. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A’immah karya Imam Ad-Dimasyqi, dinyatakan bahawa:“Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka menurut pendapat Imam asy-Shafie yang sahih, dinyatakan bahawa tuntutan solat Jumaat tidak gugur daripada penduduk kampung (pemastautin) yang mengerjakan solat Jumaat. Adapun bagi mereka yang datang dari kampung lain, tuntutan tersebut digugurkan. Demikianlah menurut pendapat Imam Shafie yang sahih. Sekiranya mereka telah menunaikan solat hari raya, dibenarkan bagi mereka untuk terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, bagi penduduk kampung mereka wajib menunaikan solat Jumaat. Menurut Imam Ahmad pula tidak wajib solat Jumaat sama ada penduduk tetap ataupun tidak. Kewajipan solat Jumaat gugur setelah mengerjakan solat hari raya. Tetapi mereka wajib solat Zohor. Menurut ‘Atha’, solat Zohor dan solat Jumaat gugur bersama-sama pada hari tersebut. Maka tidak ada solat sesudah solat hari raya selain daripada solat Asar.”Ad-Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menyatakan bahawa pendapat Imam Malik selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah. Dinukilkan bahawa, “Imam Malik dan Abu Hanifah bersependapat, ‘Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka mukallaf dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya’.”
Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan, ternyata bahawa dalam hal ini terdapat empat pendapat:

Pertama, solat Jumaat tidak gugur terhadap penduduk kota (ahlul amshaar / ahlul madinah) yang di tempat mereka ada dilaksanakan solat Jumaat. Bagi mereka yang datang dari kampung atau gurun (ahlil badaawi / ahlul ‘aaliyah), yang di kawasan mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, kewajipannya digugurkan. Maka sekiranya mereka – iaitu mereka yang datang dari kampung – telah menunaikan solat hari raya, mereka boleh terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Inilah pendapat Imam Shafie. Pendapat ini juga merupakan pendapat Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.

Kedua, solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, sama ada penduduk kota di kawasan yang dilaksanakan solat Jumaat mahupun bagi penduduk luar. Pendapat inilah yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Maka, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur biarpun sesudah menunaikan solat hari raya.

Ketiga, tidak wajib solat Jumaat, tetapi mereka wajib solat Zohor. Demikianlah pendapat Imam Ahmad.

Keempat, solat Zohor dan Jumaat gugur kewajipannya pada hari tersebut. Tiada solat sesudah solat hari raya melainkan solat Asar. Demikianlah pendapat ‘Atha’ bin Abi Rabbah. Turut dikatakan bahawa demikian juga pendapat Ibu Zubayr dan ‘Ali.

Pendapat yang Rajih
Setelah diteliti, didapati bahawa pendapat yang paling rajih adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, rahimahullah. Huraian lanjut mengenai hukumnya adalah seperti berikut:

Hukum pertama, jika seseorang itu telah menunaikan solat hari raya – yang jatuh pada hari Jumaat – maka gugurlah kewajipan ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat. Ia boleh memilih sama ada hendak menunaikan solat Jumaat ataupun tidak.Dalil-dalilnya merujuk kepada hadis-hadis Nabi SAW yang sahih, antaranya yang diriwayatkan daripada Zayd bin Arqam r.a., katanya: “Nabi SAW melaksanakan solat ‘Eid (pada suatu hari Jumaat) kemudian baginda memberikan rukhsah (kemudahan.keringanan) dalam solat Jumaat. Kemudian baginda bersabda, ‘Barangsiapa yang berkehendak (solat Jumaat), hendaklah ia solat.” [HR Al-Khamsah, kecuali At-Tirmidzi. Hadis ini sahih menurut Ibnu Khuzaimah)].Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: “Sungguh telah berkumpul pada hari kalian dua hari raya. Maka barangsiapa berkehendak (solat hari raya), cukuplah baginya solat hari raya itu, tidak perlu baginya solat Jumaat lagi. Dan sesungguhnya kami akan mengerjakan solat Jumaat”. [HR Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim juga meriwayatkan hadis ini dari sanad Abu Salih, dan dalam isnadnya terdapat Baqiyah bin Walid, yand diperselisihkan ulama’. Imam ad-Daruquthni menilai hadis ini sebagai sahih. Ulama hadis lain menilainya sebagai hadis mursal].Menurut Syaikh Taqiuddin an-Nabhani, rukhsah adalah hukum yang disyariatkan untuk meringankan hukum azimah (hukum asal) kerana terdapat sesuatu keuzuran (halangan), disertai tetapnya hukum azimah namun hamba tidak diharuskan mengerjakan rukhsah itu.Maka solat Jumaat pada hari raya menjadi rukhsah, kerana terdapat uzur iaitu pelaksanaan solat hari raya. Namun disebabkan rukhsah itu tidak menghilangkan azimah sama sekali, maka solat Jumaat masih tetap disyariatkan, sehingga boleh ditunaikan dan boleh juga ditinggalkan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan sabda Nabi SAW yang terkandung dalam hadis Zayd bin Arqam “..barangsiapa yang berkehendak (solat Jumaat), hendaklah ia solat…”. Inilah manthuq (ungkapan tersurat) hadis, manakala mafhum mukhalafah (ungkapan tersirat) bagi hadis tersebut – dalam hal ini berupa mafhum syarat, kerana terdapat lafaz ‘man’ sebagai syarat – adalah : “barangsiapa yang tidak berkehendak solat Jumaat, maka tidak perlu baginya menunaikan solat Jumaat”. Kesimpulannya, orang yang telah melaksanakan solat hari raya, gugurlah kewajipan ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat. Lafaz ‘man’ (barangsiapa) mengandungi pengertian umum, tanpa mengira sama ada penduduk kampung mahupun penduduk kota. Adapun lafaz umum akan tetap dalam keumumannya selagimana tiada dalil yang mengkhususkannya. Dalam hal ini tidak ada dalil yang mengkhususkan (takhsis) keumumannya.

Hukum kedua, bagi mereka yang telah menunaikan solat hari raya, tetap disunnahkan dan diutamakan untuk melaksanakan solat Jumaat.Secara dasarnya, kedudukan antara azimah dan rukhsah adalah setara, tiada yang lebih utama melainkan terdapat nas yang menjelaskan keutamaan salah satunya, sama ada azimah mahupun rukhsah.Namun dalam hal ini terdapat nas yang menunjukkan keutamaan solat Jumaat berbanding meninggalkannya. Dalam hadis Abu Hurairah r.a. yang telah dinyatakan sebelum ini terdapat sabda Nabi SAW “…Dan sesungguhnya kami akan mengerjakan solat Jumaat”. Ini menunjukkan bahawa meskipun baginda SAW menjadikan solat Jumaat sebagai rukhsah, akan tetapi Nabi Muhammad SAW tetap mengerjakan solat Jumaat. Sungguhpun demikian, perbuatan Nabi SAW ini tidak wajib, kerana baginda sendiri mengizinkan sama ada hendak menunaikannya ataupun tidak. Maka, perbuatan tersebut sifatnya sunnah, dan bukanlah wajib.

Hukum ketiga, jika seseorang yang telah menunaikan solat hari raya memilih untuk tidak menunaikan solat Jumaat, maka wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Zohor.Solat Zohor tetap wajib ditunaikan kerana nas-nas hadis yang telah dinyatakan hanyalah terhadap solat Jumaat dan tidak mencakupi solat Zohor. Kewajipan solat Zohor adalah kewajipan asal (al fardhu al asli), sedangkan solat Jumaat adalah hukum pengganti (badal) bagi solat Zohor. Maka jika hukum pengganti (badal) – iaitu solat Jumaat – tidak dilaksanakan, maka kembalilah tuntutan syarak kepada hukum asalnya, iaitu solat Zohor. Hal demikian adalah dalam mengamalkan “istish-hab”, iaitu kaedah hukum untuk menetapkan berlakunya hukum asal, selama tidak terdapat dalil yang mengecualikan atau mengubah berlakunya hukum asal.

Hukum keempat, mereka yang tidak menunaikan solat hari raya pada pagi harinya, wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat.Rukhsah untuk meninggalkan solat Jumaat ini khusus bagi mereka yang sudah melaksanakan solat hari raya. Mereka yang tidak melaksanakan solat hari raya, tidak mendapat rukhsah, dan mereka tetap wajib menunaikan solat Jumaat.Dalilnya merujuk kepada hadis Abu Hurairah (iaitu hadis kedua) di mana Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang berkehendak (solat hari raya), cukuplah baginya solat hari raya itu, tidak perlu solat Jumaat lagi.”. Ini merupakan manthuq hadis, manakala mafhum mukhalafah-nya pula orang yang tidak melaksanakan solat hari raya, maka ia tetap dituntut untuk menunaikan solat Jumaat.Imam ash-Shan’ani dalam Subulus Salam ketika memberi syarah terhadap hadis tersebut berkata: “Hadis tersebut adalah dalil bahawa solat Jumaat – setelah ditunaikan solat hari raya – menjadi rukhsah. Boleh dikerjakan dan boleh pula ditinggalkan. Tetapi (rukhsah) itu khusus bagi mereka yang menunaikan solat ‘Eid, tidak mencakupi orang yang tidak mengerjakan solat ‘Eid”.Oleh itu, orang yang tidak melaksanakan solat hari raya, tidak termasuk dalam pengecualian dari keumuman nas yang mewajibkan solat Jumaat. Mereka yang tidak menunaikan solat hari raya, wajib baginya menunaikan solat Jumaat.

Meninjau Pendapat Lain
Pendapat Imam Shafie
Secara dasarnya, Imam Shafie tetap mewajibkan solat Jumaat yang jatuh pada hari raya. Namun beliau menetapkan kewajipan tersebut terhadap penduduk kota (ahlul madinah / ahlul amshaar). Bagi penduduk desa atau padang pasir (ahlul badawi) yang berkunjung ke kota untuk solat ‘Eid (dan solat Jumaat), dan di tempatnya tidak dilaksanakan solat Jumaat, maka mereka dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat Jumaat.Imam Shafie berpendapat sedemikian kerana menurut beliau, hadis-hadis yang menerangkan gugurnya kewajipan solat Jumaat pada hari raya bukanlah hadis-hadis yang sahih dan beliau tidak beramal dengannya. Berkenaan pendapat Imam Shafie itu, Imam ash-Shan’ani dalam Subulus Salam berkata: “Asy-Shafie dan segolongan ulama; berpendapat bahawa solat Jumaat tidak menjadi rukhsah. Mereka berhujah bahawa dalil kewajipan solat Jumaat bersifat umum untuk semua hari (termasuklah pada hari raya). Hadis-hadis dan atsar-atsar (yang menjadikan solat Jumaat sebagai rukhsah) tidak cukup kuat untuk menjadi takhsis (pengkhususan) kewajipan solat Jumaat, kerana sanad-sanad hadis tersebut telah diperselisihkan ileh ulama’. Saya (ash-Shan’ani) berkata, “Hadis Zayd bin Arqam telah dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah. Maka hadis tersebut boleh menjadi takhsis…”Oleh demikian, jelaslah bahawa Imam Shafie tidak menilai hadis Zayd bin Arqam tersebut sebagai hadis sahih, sehingga beliau tidak menjadikannya sebagai takhsis yang menggugurkan kewajipan solat Jumaat. Beliau kemudian berpegang kepada keumuman nas yang mewajibkan solat Jumat pada semua hari (ayat 9 surah al-Jumu’ah). Namun, Imam ash-Shan’ani menyatakan bahawa hadis Zayd bin Arqam adalah sahih menurut Ibnu Khuzaimah.Dalam hal ini perlu ditegaskan bahawa penolakan Imam Shafie terhadap hadis Zaiyd bin Arqam tidaklah mencegah kita daripada menerima hadis tersebut. Penolakan Imam Shafie terhadap hadis Zayd bin Arqam tidak bererti bahawa hadis tersebut – secara mutlak – tertolak (mardud) kerana sudah menjadi suatu kewajaran dalam penilaian hadis, bahawa sesebuah hadis boleh diterima oleh sebahagian muhaddis tatkala muhaddis lain menolaknya. Dalam soal ini, Taqiuddin an-Nabhani dalam Asy-Syakhsiyah al-Islamiyah Juz 1 menukilkan: “…(kita tidak boleh sewenang-wenangnya menolak suatu hadis) hanya kerana seorang ahli hadis tidak menerimanya, kerana ada kemungkinan hadis itu diterima oleh ahli hadis yang lain. Kita juga tidak boleh menolak sesebuah hadis kerana ahli hadis menolaknya, kerana ada kemungkinan hadis itu digunakan sebagai hujah oleh para Imam atau para fuqaha…”Oleh itu, walaupun hadis Zayd bin Arqam ditolak oleh Imam Shafie, tidak bererti kita tidak boleh menggunakan hadis tersebut sebagai dalil syarie. Hal ini kerana terdapat ahli hadis lain yang menilainya sebagai hadis sahih, iaitu Imam Ibnu Khuzaimah, sebagaimana penjelasan Imam Ash-Shan’ani. Maka, beristidlal dengan hadis Zayd bin Arqam itu tetap dibenarkan, dan hukum yang disandarkan pada hadis tersebut tetap berstatus hukum syarie.

Pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah
Ibnu Rusyd menjelaskan hujah kedua-dua Imam tersebut; “Imam Malik dan Abu Hanifah berkata, ‘Solat hari raya adalah sunnah, sedang solat Jumaat adalah fardhu, dan salah satunya tidak dapat menggantikan yang lainnya. Inilah yang menjadi prinsip asal (al-aslu) dalam masalah ini, kecuali jika terdapat ketetapan syara’, maka wajib merujuk kepadanya…’Berdasarkan keterangan tersebut, ternyata bahawa Imam Malik dan Abu Hanifah juga tidak menerima hadis-hadis yang menerangkan gugurnya solat Jumaat pada hari raya. Dengan itu, mereka berpegang pada hukum asal, iaitu solat hari raya sebagai sunnah dan kewajipan solat Jumaat. Asas kepada pendapat mereka sebenarnya sama dengan pendapat Imam Shafie. Namun demikian, mereka memberikan pengecualian, bahawa hukum asal tersebut boleh berubah sekiranya terdapat dalil syarie yang menerangkannya.Atas dasar itu, memandangkan terdapat hadis Zayd bin Arqam (yang dinilai sahih menurut Ibnu Khuzaimah) atau hadis Abu Hurairah r.a. (yang sahih menurut ad-Daruquthni), maka sesungguhnya hadis-hadis tersebut dapat dijadikan takhsis hukum asal solat Jumaat, iaitu yang pada asalnya wajib kemudian menjadi rukhsah (tidak wajib). Dengan demikian, hukum yang diterima adalah hukum yang telah di-takhsis – solat Jumaat menjadi rukhsah bagi mereka yang menunaikan solat hari raya, dan statusnya tidak wajib. Inilah pendapat yang lebih tepat.

Pendapat ‘Atha bin Abi Rabah
Imam Ash’ani menjelaskan bahawa pendapat ‘Atha’ tersebut didasarkan kepada tiga alasan, iaitu:Pertama, berdasarkan perbuatan Ibnu Zubayr r.a. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, bahawa: “Dua hari raya (hari raya dan hari Jumaat) telah berkumpul pada satu hari yang sama. Lalu dia (Ibnu Zubayr) mengumpulkan kedua-duanya dan melakukan solat untuk kedua-duanya sebanyak dua rakaat pada pagi hari. Dia tidak menambah atas dua rakaat itu sampai dia mengerjakan solat Asar”.Kedua, solat Jumaat adalah hukum asal (al-asl) pada hari Jumaat, sedangkan solat Zohor adalah hukum pengganti (al-badal) bagi solat Jumaat. Maka, jika hukum asal telah gugur, maka secara automatiknya gugurlah hukum penggantinya.Ketiga, pada zahirnya dari hadis Zayd bin Arqam, Rasulullah SAW telah memberi rukhsah pada solat Jumaat. Namun baginda SAW tidak memerintahkan untuk solat Zohor bagi orang yang tidak melaksanakan solat Jumaat.Demikianlah alasan yang digunakan. Imam ash-Shan’ani tidak menerima pendapat tersebut dan telah membantahnya. Menurutnya, setelah solat hari raya Ibnu Zubayr tidak keluar dari rumahnya untuk solat Jumaat di masjid, maka tidaklah dapat dipastikan sama ada Ibnu Zubayr menunaikan solat Zohor ataupun tidak. Berkemungkinan (ihtimal) bahawa Ibnu Zubayr solat Zohor di rumahnya. Apa yang pasti, menurut Imam ash-Shan’ani, Ibnu Zubayr tidak mengerjakan solat Jumaat.Bagi alasan kedua dan ketiga, Imam ash-Shan’ani membantah bahawa solat Jumaat adalah hukum asal (al asl) manakala solat Zohor sebagai hukum pengganti (al-badal). Sebaliknya, solat Zohor adalah al-asl manakala solat Jumaat merupakan penggantinya. Hal ini kerana kewajipan solat Zohor ditetapkan terlebih dahulu berbanding solat Jumaat. Solat Zohor disyariatkan kewajipannya pada malam Isra’ da Mikraj, manakala solat Jumaat disyariatkan kemudian. Oleh demikian, sekiranya solat Jumaat tidak dilaksanakan, maka wajiblah kembali kepada hukum asal, iaitu mengerjakan solat Zohor.

Kesimpulan
Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka hukumnya adalah seperti berikut:

Pertama, jika seseorang telah menunaikan solat hari raya (‘eid), gugurlah kewajipan solat Jumaat ke atasnya. Dia boleh memilih sama ada untuk menunaikan solat Jumaat atau tidak. Namun, disunnahkan baginya untuk tetap melaksanakan solat Jumaat.

Kedua, jika orang yang telah menunaikan solat hari raya memilih untuk tidak menunaikan solat Jumaat, wajib baginya untuk melaksanakan solat Zohor.

Ketiga, bagi mereka yang tidak menunaikan solat hari raya pada hari tersebut, wajib baginya untuk solat Jumaat. Dia tidak boleh meninggalkan solat Jumaat lalu menunaikan solat Zohor sebagai ganti.Demikianlah hasil pentarjihan bagi masalah ini berdasarkan dalil-dalil syarie yang ada.
Wallahua’lam.
RujukanAbdullah, Muhammad Husain. 1995. Al Wadhih fi Ushul Al Fiqh. Cetakan Kedua. Beirut : Darul Bayariq. 417 hal.Ad Dimasyqi, Muhammad bin Abdurrahman Asy Syafi’i. 1993. Rohmatul Ummah (Rahmatul Ummah Fi Ikhtilafil A`immah). Terjemahan oleh Sarmin Syukur dan Luluk Rodliyah. Cetakan Pertama. Surabaya : Al Ikhlas. 554 hal.Ash Shan’ani, Muhammad bin Ismail Al Kahlani. Tanpa Tahun. Subulus Salam. Juz II. Bandung : Maktabah Dahlan. 224 hal.Ash Shiddieqi, T.M. Hasbi. 1981. Koleksi Hadits Hukum (Al Ahkamun Nabawiyah). Jilid IV. Cetakan Kedua. Bandung : PT. Alma’arif. 379 hal.An Nabhani, Taqiyuddin. 1953. Asy Syakhshiyah Al Islamiyah. Juz Ketiga (Ushul Fiqh). Cetakan Kedua. Al Quds : Min Mansyurat Hizb Al Tahrir. 492 hal.———-. 1994. Asy Syakhshiyah Al Islamiyah. Juz Pertama. Cetakan Keempat. Beirut : Darul Ummah. 407 hal.Ibnu Khalil, ‘Atha`. 2000. Taisir Al Wushul Ila Al Ushul. Cetakan Ketiga. Beirut : Darul Ummah. 310 hal.Ibnu Rusyd. 1995. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid. Juz I. Beirut : Daarul Fikr. 399 hal.Raghib, Ali. 1991. Ahkamush Shalat. Cetakan Pertama. Beirut : Daar An Nahdhah Al Islamiyah.132 hal.Sabiq, Sayyid. 1987. Fikih Sunnah (Fiqhus Sunnah). Jilid 2. Cetakan Ketujuhbelas. Terjemahan oleh Mahyuddin Syaf. Bandung : PT. Al Ma’arif. 229 halSyirbasyi, Ahmad. 1987. Himpunan Fatwa (Yas`alunaka fi Ad Din wa Al Hayah). Terjemahan oleh Husein Bahreisj. Cetakan Pertama. Surabaya : Al Ikhlas. 598 hal.KH. M. Shiddiq Al-Jawi

Wednesday, November 25, 2009

Gelaran 'Haji' sunnah atau adat?

Sudah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita menggelarkan sesiapa yg telah menunaikan ibadah haji dengan title ‘HAJI’ seperti Haji Muhammad, Haji Abdullah dan sebagainya. Bahkan ada yg berkecil hati apabila mereka tidak dipanggil HAJI sedangkan mereka telah ke Mekah menunaikan ibadah tersebut. Apakah gelaran ‘HAJI’ tersebut merupakan salah satu kewajipan atau sunnah?

Dr Abdul Halim Mahmud, Mantan Syeikh Azhar di dalam fatwanya menyebut bahawa para sahabat Nabi SAW tidak ada seorangpun yang diberi gelaran ‘HAJI’ sebaliknya hanya menggunakan nama mereka sahaja. Gelaran ‘HAJI’ yang diberikan oleh masyarakat merupakan satu penghormatan dari mereka kepada yang telah menunaikan ibadah tersebut, tetapi janganlah seseorang yang menunaikan haji inginkan penghormatan diberikan ke atas ibadahnya itu. Seseorang yang menunaikan haji kerana inginkan gelaran ‘HAJI’ adalah orang yang tidak sempurna keikhlasannya kepada Allah di dalam ibadahnya. Gelaran ‘HAJI’ adalah semata mata adat sebagai penghormatan bukannya sunnah.

Wallahua’lam

Thursday, November 19, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan 2009

'Graduan cilik'

Persembahan koir

Persembahan oleh Briged Siber

Persembahan ' shuffle dance'


Pengumuman keputusan UPSR 2009

Murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR

Tokoh-tokoh murid 2009

Guru Cemerlang Ko-kurikulum 2009

Jurutera Bunyi

sempat sambut hari jadi pulak depa ni..

Kumpulan nasyid

Kumpulan Kebudayaan SKBB

Penonton setia


Konsep Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan dibentuk supaya bekerja dan berusaha dengan lebih keras untuk memenangi hati rakyat kerana tanpa rakyat tiadalah barisan kepimpinan Kerajaan pada masa kini. Rakyat adalah raja dan penentu kepada tampuk pentadbiran negara. Rakyat yang menentukan jatuh bangun sesebuah Kerajaan itu sama ada untuk terus kekal atau sebaliknya.

Justeru pemimpin-pemimpin, baik politik atau Kerajaan, perlulah mengotakan segala janji dan melaksanakan segala dasar yang telah ditaburkan kepada rakyat. Pelaksanaannya pula hendaklah cepat, tepat, efisien dan tidak mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan. Jangan pula membiarkan janji hanya tinggal janji dan menjadi retorik politik semata-mata.

Kepada Pegawai-pegawai Awam, mereka juga juga tidak terkecuali dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia ini. Pegawai-pegawai awam perlu mempunyai pemikiran yang inovatif, tatacara kerja yang efisien, sistematik dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.

Melihat Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Usaha-usaha dalam memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kemudian usaha-usaha dalam membangunkan rakyat dan negara disambung oleh Perdana-perdana Menteri yang seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan yang tersendiri namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. Umpamanya semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau memperkenalkan konsep-konsep seperti Kepimpinan Melalui Tauladan, Dasar Pandang Ke Timur dan Sistem Punch Card. Mantan Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula menggagaskan konsep 10 Prinsip Islam Hadhari dalam memacu rakyat dan negara ke arah Satu Malaysia.Dari sudut politik pula, Satu Malaysia menjurus kepada perpaduan rakyat dan integrasi wilayah tanpa sempadan. Ini bermaksud segala pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan akan dinikmati semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya di seluruh Malaysia.

Penyatuan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang dikenali sebagai Bangsa Malaysia yang benar-benar mendokong Perlembagaan Negara mengikut lunas undang-undang negara. Bangsa Malaysia perlu memiliki semangat patriotisme yang kuat di dalam diri masing-masing. Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ gagasan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini adalah satu gagasan yang baik dan sangat bertepatan dalam suasana sekarang. Gagasan ini benar-benar menguji sikap kepimpinan para pemimpin negara agar lebih bertanggungjawab dalam menggalas amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan perlu dekat di hati rakyat, lebih mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan pelbagai perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada Kerajaan.Melihat kepada senario persekitaran politik Malaysia hari ini, rakyat semakin bijak berfikir dan melontarkan pendapat. Barisan kepimpinan Kerajaan mesti sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan bersandarkan kepada kehendak rakyat. Satu Malaysia adalah jawapannya.

Kerajaan Negeri Ulangi Pendirian Tidak Iktiraf Ketua Kampung Pusat



Isnin, 14 Julai 2008 Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 14 Julai – Kerajaan negeri mengulangi pendirian tidak akan mengiktiraf ketua kampung yang dilantik kerajaan pusat menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah jelas di bawah struktur rasmi negeri dan tindakan kerajaan pusat itu hanya memecah-belahkan masyarakat.

“Kerajaan negeri tidak bersetuju ada dua jawatankuasa, yang itu (lantikan persekutuan) kita anggap sebagai JKKKP haram,” katanya di sini hari ini.

Jelas Yaakob, segala urusan yang membabitkan JKKKP dengan kerajaan negeri dianggap tidak sah.

“Semua cop JKKKP tidak laku di kerajaan negeri,” ujar beliau lagi.

Tambahnya, JKKKP juga tidak dibenarkan menggunakan kemudahan kerajaan negeri kerana ia bukan satu organisasi berdaftar.

Menurut Yaakob, tindakan mewujudkan dua jawatankuasa di peringkat kampung hanya menyebabkan masyarakat berpecah belah.

Katanya, JKKKP terdiri daripada kalangan ketua cawangan Umno sebaliknya pelantikan JKKK dibuat melalui temuduga yang dijalankan.

“JKKK terbuka…ada penyokong parti dan ada yang bukan penyokong parti, badan bukan kerajaan (NGO) ada dan yang tak ada jawatan dalam parti pun tak apa,” katanya.

Justeru Yaakob menasihatkan penduduk kampung hanya merujuk kepada JKKK yang dilantik kerajaan negeri dan bukannya JKKKP yang tidak diiktiraf. – NOOR ALLIA KASSIM

Sama tapi tak serupa?

Perbezaan UMNO dan PAS?
Oleh messengger warriorhttp://www.voy.com/66209/1821.html

Perbezaan Pertama - Penubuhan dan Dasar

UMNO
Ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan melayu di Tanah Melayu serta menuntut kemerdekaan dari British.

PAS
Ditubuhkan pada tahun 1951 untuk menjaga kepentingan umat Islam setelah UMNO enggan menjadikan Islam sebagai DASAR perjuangan.

Huraian
Walaupun berjuang untuk kebangsaan melayu tetapi UMNO berjuang juga untuk Islam sebab orang melayu adalah Islam, kebanyakannya. Andainya orang melayu bukan beragama Islam, UMNO tetap juga perjuangkan agama orang melayu itu, sebab UMNO ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Melayu, Cina, India dll turut diperjuangkan PAS asalkan mereka Islam. PAS juga mahukan kemerdekaan Tanah Melayu tetapi kemerdekaan yang dimaksudkan adalah kemerdekaan yang berteraskan Islam.

Perbezaan Kedua - Sikap British

UMNO
Penubuhan UMNO direstui oleh British. Pemimpin UMNO mendapat tempat yang baik di sisi British contohnya Dato Onn, Tunku Ab Rahman, Dato Ab Razak dll. Malah mereka menjawat jawatan kerajaan sebelum merdeka lagi.

PAS
Penubuhan PAS tidak disenangi British. Induk PAS, Hizbul Muslimin diharamkan oleh British. Pemimpinnya ditangkap. British menganggap pemimpin PAS sama bahaya dengan komunis.

Huraian
PAS dan induknya Hizbul Muslimin tidak disenang British kerana dasar Islamnya. Nasrani (Kristian) dan Yahudi tidak akan redha selama- lamanya kepada Islam. British merestui UMNO (dan rakan kongsinya MCA dan MIC) kerana mereka bukan parti agama. Jika UMNO memperjuangkan Islam, nasib UMNO sama dengan PAS di sisi penjajah. Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu diserahkan kepada UMNO dan rakan kongsinya secara selesa kerana mereka tahu golongan ini akan meneruskan dasar sekularnya.

Perbezaan Ketiga - Kebebasan vs Agama

UMNO parti kebangsaan sedangkan PAS parti agama.

Huraian
UMNO ditubuhkan di atas semangat kebangsaan. PAS ditubuhkan di atas semangat keIslaman. UMNO sering mendakwa PAS parti yang menggunakan agama untuk politik. Itu pendapat yang silap. Sebenarnya PAS menggunakan politik untuk agama. PAS menggunakan segala-segalanya, termasuk politik, untuk agama. Itulah tujuan insan dijadikan di atas muka bumi.
Adapun UMNO, parti itu sering menolak agama kerana politik. UMNO menolak pengharaman judi, arak, kelab malam, snooker dsb kerana kegiatan itu ada nilai ekonomi dan poltik bagi UMNO. UMNO menolak hudud di atas sebab politik BN. UMNO akan hanya menerima agama seandainya perkara agama tersebut mendatangkan keuntungan kepada UMNO seperti pungutan zakat, Bank Islam, Tabung Haji, Universiti Islam dll.
Satu-satunya kerajaan negeri yang menyimpan wang dalam Bank Islam ialah kerajaan Negeri Kelantan. Ini buktinya BN menubuhkan Bank Islam untuk tujuan politik, kerana kerajaan BN sendiri tidak menyimpan dalam Bank Islam malah lebih berminat menyimpan dalam bank riba.

Perbezaan Keempat - Syarat Kepimpinan

Pemimpin UMNO dipilih berdasarkan ketokohan seseorang dalam masyarakat.
PAS meletakkan syarat ketakwaan sebagai syarat kepimpinan.

Huraian
Dalam pemilihan pemimpin UMNO, pemimpin sering terdiri daripada mereka yang paling berpengaruh dalam masyarakat dan berkemampuan dari segi kewangan. UMNO tidak meletakkan syarat ketakwaan atas kemuliaan akhlak sebagai syarat wajib kemimpinnya.
PAS sebagai jemaah Islam menjadikan penghayatan Islam sebagai ciri kepimpinannya. Mereka yang melanggar etika Islam, dengan sendirinya terlucut keahlian PAS, apatah lagi sebagai pemimpin. Andainya terbukti seorang pemimpin PAS melakukan rasuah, pecah amanah dsb, beliau hilang kelayakan memimpin jemaah PAS. Dikalangan pemimpin UMNO, fenomena pecah amanah sering berlaku. Politik wang (rasuah politik) berluasa di kalangan mereka. Ingatlah hadis bermaksud Orang yang memberi dan menerima rasuah tempatnya di neraka UMNO menganggap ketakwaan dan kemuliaan akhlak bersifat personal. Dalam mesyuarat agung mereka umpamanya, perwakilan wanita dan lelaki diatur bercampur gaul, sedangkan dalam perhimpunan PAS mereka diasingkan mengikut kesusilaan Islam. Dalam muktamar PAS, sembahyang fardhu harian dijadikan agenda rasmi. Malah perhimpunan agung Pemuda UMNO yang lepas terus berlaku hingga ke Maghrib; bahkan ketika azan maghrib berkumandang, ramai yang bersorak riuh rendah kerana keputusan pemilihan pucuk pimpinan diumumkan (disiarkan secara langsung di RTM dan TV3) Siapa yang lebih berminat dengan Islam?

Dalam Islam, kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab. Kepimpinan bukan dipohon tetapi dilantik. Dalam UMNO, seseorang perlu mencalonkan diri sendiri sebagai pemimpin. Ini bukan etika Islam. Sesiapa yang mencalonkan dirinya sendiri sebagai pemimpin dengan tersendiri kelayakkannya gugur.

Perbezaan Kelima - Rujukan Tertinggi
Rujukan tertinggi UMNO ialah “Perlembagaan Negara Malaysia”.
Rujukan tertinggi PAS ialah Al-Quran.

Huraian
Sebagai jamaah Islam, PAS meletakkan Al-Quran sebagai undang-undang dan rujukan tertinggi. Sebarang undang-undang, akta, pindaan, perlembagaan dsb. yang bercanggah dengan Al-Quran akan terbatal dengan sendirinya. Inilah dasar pemerintahan Islam.
UMNO dan BN meletakkan “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kedaulatan Undang-Undang” kepada “Perlembagaan Negara” dan “Undang-undang Federal”. Perlembagaan Negara memberi peruntukkan tertinggi kepada “Undang-undang Federal” iaitu sebarang undang-undang lain (termasuk undang-undang syariah negeri) akan terbatal jika bertentangan dengan undang-undang negara itu. Ini bermakna undang- undang syariah negeri yang dipetik dari Al-Quran akan terbatal jika ia bercanggah dengan undang-undang persekutuan. Sebagai contoh, “berzina suka sama suka” di sisi undang-undang negara tidak menjadi kesalahan, tetapi Islam meletakkan hukuman 100 rotan atau rejam.
Dalam kes percanggahan seperti ini, perlembagaan memberikan kemenangan kepada undang-undang negara. Ini bermaksud, Al-Quran hanya menjadi panduan undang-undang negara andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang itu. Dengan kata lain, Al-Quran menjadi rujukan yang lebih rendah tarafnya daripada undang-undang negara. UMNO menerusi BN terus mengekalkan perkara ini walaupun setelah hampir 40 tahun merdeka. Bahkan pemimpin UMNO membuat ketegasan bahawa perlembagaan tersebut akan dipertahankan selama-lamanya selagi UMNO/BN memerintah Malaysia.

Apakah sikap anda dalam perkara ini?
Undang-undang hudud Kelantan tidak dapat dilaksanakan dengan adanya peruntukkan tersebut. Hudud Kelantan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, sedangkan hukum hudud dipetik dari Al-Quran. Dalam amalan demokrasi, Parlimen menggubalkan akta yang bertaraf undang-undang. Dalam Islam, pemimpin bukan menggubal undang-undang tetapi melaksanakan undang-undang yang termaktub dalam Al-Quran. Parlimen hanya boleh membincangkan bagaimana undang-undang itu boleh dilaksanakan, bukan mencipta undang-undang.

Perbezaan keenam - Melayu vs Islam

UMNO sering mengemukakan slogan “Ketuanan Melayu” manakala PAS menyeru kepada “Ketuanan Islam”.

Huraian
Ketuanan melayu yang diperjuangkan UMNO semakin hari semakin terhapus. Tanah rezab melayu beransur-ansur kurang dan kalau digantikan pun, dikawasan yang terpencil. Bahasa melayu kian terpinggir dalam arus pendidikan. Kolej dan Universiti mengutamakan bahasa inggeris. Bangsa melayu secara beransur-ansur ditukar menjadi bangsa Malaysia. Kad pengenalan baru hanya menggunakan “bar-code” untuk menyatakan agama dan bangsa, bukan bertulis secara jelas seperti dulu. Sensitiviti umat melayu kepada kes murtad menjadi kurang. Kemurtadan dikalangan masyarakat sering berlaku. Tanyalah Pejabat Pendaftaran Negara, berapa ramai melayu yang sedang menunggu giliran untuk menukar nama dan agama.
PAS menyeru kepada “ketuanan Islam”. Malaysia untuk semua bangsa - melayu, cina, india dll. Masing-masing bebas mengamalkan budaya mereka. Bahasa masing-masing perlu dipupuk bersama kerana bahasa adalah anugerah Ilahi. Ketuanan Islam menjamin seluruh rakyat diberi pembelaan yang adil seperti yang dinyatakan Al-Quran, tidak kira sama ada dia muslim atau bukan muslim.
Walaupun UMNO menyeru slogan "ketuanan melayu" tetapi ia membuka keahliannya kepada semua bumiputra, Islam atau bukan Islam. Berapa ramai bumiputra Sabah yang bukan Islam telah menyertai UMNO sekarang. UMNO kini bukan lagi parti melayu-Islam.
Andainya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a masih hidup dan datang ke Malaysia, mereka tidak boleh menganggotai UMNO sebab mereka bukan melayu dan bukan bumiputra. Akan tetapi kedua-dua sahabat yang mulia itu boleh menyertai PAS kerana PAS untuk semua orang Islam. Itulah perbezaan ketuanan melayu dan ketuanan Islam.

Perbezaan ketujuh - Politik dan Agama
PAS berpegang kepada falsafah “politik sebahagian agama” manakala UMNO berpegang kepada falsafah “politik dan agama perlu diasingkan”.

Huraian
Sunnah Rasulullah s.a.w. yang terbesar ialah pembentukan negara Islam Madinah. Setelah negara Islam terbentuk, semua kegiatan agama telah dijalankan Rasulullah s.a.w. seperti hubungan antara kaum, peperangan, perdamaian, dakwah (khususnya kepada ketua kerajaan asing), jihad, ekonomi dsb. Kesemua kegiatan tersebut dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai rasul, pemimpin, pendidik dan pendakwah. Kesemua kegiatan agama dan harian ditadbirkan Rasulullah s.a.w dalam sistem politik pemerintahan Islam yang pertama itu.
Sirah ini menggambarkan bahawa politik atau siasah ditadbirkan Rasulullah s.a.w sebagai sebahagian daripada agama. Politik menjadi “payung” kepada seluruh kegiatan Islam. PAS yang mengamalkan sistem politik Islam mengambil perjalanan sirah tersebut sebagai ikutan. Sebaliknya UMNO mengamalkan dasar sekular iaitu politik dan agama perlu diasingkan. Dalam amalan politik sekular, kegiatan agama seseorang adalah bersifat peribadi. Mengikut UMNO, politik adalah urusan dunia yang boleh ditadbirkan mengikut kesesuaian masa dan suasana. Mereka lupa bahawa semua tindakan manusia dikawal oleh agama. Islam telah menerangkan semua perkara dari sekecil-kecilnya, seperti cara-cara membuang air kecil hinggalah kepada politik antarabangsa. UMNO terpengaruh dengan sistem sekular British yang mentadbir negara secara terpisah dari agama. Bukankah UMNO anak didik British yang paling setia?

Saudara/i pembaca yang dikasihi,
Sesungguhnya politik atau siasah tidak boleh dipisahkan dari agama. Banyak hukum agama seperti hukum qisas, penderhakaan, peperangan, murtad, hudud, jihad, dakwah dsb. TIDAK DAPAT dijalankan tanpa negara. Ayat Al-Quran tentang puasa dan tentang qisas adalah senada Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (Al-Baqarah, 2 : 178). Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berrpuasa (Al Baqarah, 2 : 183) Sekiranya puasa, semua muslim mengakui kewajibannya dan terus dilaksanakan, kenapa pula hukum qisas perlu ditangguhkan dan dianggap tidak wajib seperti puasa? Demikian juga hukum murtad, hukum hudud dll.

Sunday, November 15, 2009

Sikit-sikit Wahabbi

Oleh Keris Silau

Wahabbi itu satu misteri
Kalau ditanya apa itu Wahabbi
Kalau kritik ustaz dialah Wahabi
Tak qunut tak buat sujud sahwi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak ikut Mazhab Shafie
Engkau pengikut Wahhabi
Niat solat tanpa ussali
Engkau pengikut Wahhabi

Tak buat kenduri orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Tak baca talqin untuk orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak berarak Maulid Nabi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak kisah wali dan sufi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak keramat dan misteri
Engkau pengikut Wahhabi
Kau benarkan Chong dan Ramasamy
Masuk dalam masjid yang suci
Engkau pengikut Wahhabi

Bila Pak Lah buat Islam Hadari
Pihak berkuasa agama diam diri
Nak tegur salah pun tak berani
Walhal mana ada Islam Hadari
Islam yang benar Islam yang ori
Kenapa nak tambah jadi Hadari
Sebabnya ia idea Perdana Menteri
Kalau tegur hilang jawatan mufti
Kerusi empuk dan bergaji tinggi
Ada driver nak ke sana ke mari
Tak berani macam Maliki dan Hanbali
Imam-Imam dulu memang berani
Sanggup dipenjara dikerat jari

Buanglah ego dan bangga diri
Jangan guna kuasa sesuka hati
Tauliah apa lagi kalau bekas mufti
Habis tu main fitnah orang lagi
Tuduh dulu baru nak cari bukti
Kaedah fiqh mana yang enta pakai ni

Keris Silau
11 November 2009

Sumber: http://www.tranungkite.net

Saturday, November 7, 2009