Sihir

Wednesday, December 30, 2009

Konsep Teknologi


Teknologi mempunyai pelbagai makna. Makna teknologi yang biasa kita dengar ialah mesin atau lain-lain produk yang terhasil daripada ilmu sains moden. Mesin atau alat-alat ini diperlukan oleh manusia untuk memastikan kehidupan yang selesa dan bahagia. bagaimanapun, tafsiran seperti ini dianggap amat sempit. Ia merupakan satu generalisasi jika teknologi ditafsirkan sama seperti mesin atau peralatan semata-mata. Ini kerana maksud teknologi merangkumi lebih daripada perkara-perkara tersebut.

Jadi apakah makna teknologi yang lebih wajar bagi manusia? Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, "techne " yang bermakna kemahiran. Berdasarkan erti asal perkataan Yunani ini, maka wajarlah jika Galbraith (1967) mendefinasikan teknologi sebagai:

....the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks.

Ertinya, kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. marilah kita teliti istilah ini dengan lebih lanjut.

Pengetahuan saintifik ialah sebarang himpunan pengetahuan atau ilmu yang telah teruji dan dapat dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip-prinsip am. Misalnya, air yang dimasak hingga menggelegak didapati dapat membunuh kebanyakan kuman yang memudaratkan kesihatan manusia. Satu lagi contoh ialah pembelajaran perlu dimulakan daripada pengalaman konkrit kepada abstrak. Andainya kita laksanakan prinsip ini, bermakna kita telah menggunakan pengetahuan saintifik.

Pengetahuan lain yang tersusun (other organised knowledge) adalah juga pengetahuan yang berguna kepada manusia. Masih banyak pengetahuan yang tidak terbukti secara saintifik tetapi menjadi amalan kita kerana ia diterima berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia. Contohnya, penggunaan herba dan serangga dalam perubatan.

Namun, penggunaan pengetahuan semata-mata belum boleh diklasifikasikan sebagai satu teknologi kerana syarat untuk digelarkan sesuatu amalan itu berteknologi terletak kepada aspek penggunaannya secara sistematik lagi praktikal. Dalam hal ini, jika dirujuk kembali kepada memasak air, maka aspek yang dilihat mungkin tentang kebersihan bekas memasak air, dapur memasak yang selamat dan jangka masa untuk air menggelegak. Andainya kesemua aspek ini dipenuhi dan memberi keselesaan (berkesan dan cekap) kepada pengguna (diri kita), maka barulah dapat dikatakan itu satu teknologi.

Maka, jelaslah bahawa teknologi (seperti dalam hal memasak air ini), bukan alat semata-mata perkara yang dititikberatkan. Ia sesungguhnya adalah juga satu proses, satu kaedah dan satu idea. Heinich, Molenda dan Rusell (1969) menyokong pandangan ini dengan tafsiran teknologi seperti berikut:

' Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia juga merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan "pemangkin " ke arah mencapai kejayaan'.

Terdapat satu lagi tafsiran tentang teknologi oleh Evans dan Nation (2000) yang secara terang-terangan menolak konsep alat sebagai teknologi. Ia dikatakan seperti berikut:

' Technology is not a tool - it is an art or science of how to use a tool for a purpose.'

Di sini, amat jelas ditegaskan bahawa teknologi itu adalah bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. Penggunaan itu pula bukan dilihat dari sudut sains semata-mata, tetapi juga seni. Jadi, jika papan hitam atau papan tulis yang usang di bilik darjah dicantikkan rupanya dan digunakan hingga membangkitkan kefahaman dalam pembelajaran, maka itulah teknologi. Akan tetapi jika papan tulis itu terbiar dan tidak pernah dicari jalan untuk mengoptimumkan penggunaannya, maka tinggallah ia sebagai alat yang usang.

Friday, December 25, 2009

Gotong royong packing buku

Terima kasih kepada AJK PIBG yang sudi hadir meluangkan masa untuk kerja-kerja 'packing' buku tulis sebagai persediaan sesi persekolahan 2010.

Kelihatan anak-anak Cikgu Syed dan anak-anak buah Cikgu Alias bekerja keras membantu menyusun buku. Syabas kepada mereka !

Thursday, December 17, 2009

Pencemaran Alam



Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar .

Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:

( a ) Pencemaran udara
( b ) Pencemaran air
( c ) Pencemaran tanah

PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap, dan gas-gas beracun . Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan .

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

BAHAN-BAHAN PENCEMAR
Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor
Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu
Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran
Gas karbon dioksida dan debu
Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia
Gas dan kimia beracun
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC)
Gas CFC

Kesan Pencemaran Udara

Menjejaskan kesihatan
1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita .
2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut .
3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .

Penyusutan Lapisan Ozon
1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari .
2 . Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon .
3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .
4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .

Pembetukan Hujan Asid
1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid .
2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .
3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .

Kenaikan Suhu Di Bumi
1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba .
2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .
3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia .

PENCEMARAN AIR

1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik .
2 . Air boleh dicemari melalui
( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang
( b ) tumpahan minyak dari kapal laut
( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis
( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa .

Kesan Pencemaran Air

Menjejaskan Kesihatan
1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai .
2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi .
3. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .

Pembunuh Hidupan Air
1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut .
2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati .
3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air .
5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .

Memburukkan Keindahan Alam
1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang .
2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .

PENCEMARAN TANAH

Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :
( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat
( b ) penyemburan racun serangga
( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .

Kesan Pencemaran Tanah

Hakisan Tanah
1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah .
2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .

Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah .
2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .

Menjejaskan Kesihatan
1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit .
2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain .
3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang penyakit .

Kekurangan Tanah Subur
1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah .
2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
(b) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan .
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

Pengolahan Alam Hidupan

Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab

1 Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .
2 Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan , industri perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau .
3 Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar .
4 Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya .
5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia .
6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya . contohnya , burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi .
7 Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan .

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan
1 Makanan : manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat .

2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .

3 Sumber bahan mentah

( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas .
( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .

4 Keseimbangan alam sekitar :
( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam .
( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis .
( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara .
( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun .
( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .

5 Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia .

6 Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .

7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak , damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .

KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

1 Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti :
( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) .
( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .
( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular sawa ) .
( d ) Serangga .
( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .

2 Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan :
( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal .
( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan . ( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya .

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar
1 Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang .
2 Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada .
3 Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk :
( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ; T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) .
( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan .
( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) .
( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) , tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ) .Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya . ( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang , Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi .
( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang , kera , badak Sumatera dan harimau .
( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar .
( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar .
( i ) Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang .
( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar .
( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air .

Pelangi


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas
hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Awan dan hujan

Pembentukan awan dan hujan adalah disebabkan oleh proses penyejatan air dan kondensasi wap air. Air dari kolam, sungai, tasik dan laut tersejat dan menjadi wap air. Wap air adalah ringan dan akan naik ke atas. Apabila wap air ini bertembung dengan udara sejuk, ianya akan terkondensasi dan menjadi titisan-titisan air. Titisan-titisan air ini akan bergabung menjadi awan. Apabila-apabila titisan-titisan air ini menjadi lebih besar dan berat ia akan jatuh ke Bumi sebagi hujan. Air hujan yang jatuh ke Bumi diserap ke dalam tanah atau mengalir ke sungai, kolam, tasik dan laut. Proses ini berulang-ulang dan dikenali sebagi kitar air semula jadi.

Monday, December 14, 2009

Perlu insentif

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.

"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka."

"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.

Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.

Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.

Beliau juga ingin tahu sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.

Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.

Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.

Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Apa itu fizik?



Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.

Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul.

Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan.

Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani "Physikos" yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.

Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.

Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian. Kebanyakan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik

Sunday, December 13, 2009

BUMI SEMAKIN PANAS


Kesan rumah hijau ( greeenhouse effects)

Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama peningkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan global.

Faktor dan kesan

1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.

2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktiviti manusia sendiri demi pembangunan global.

Komponen gas -gas rumah hijau

1. Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.

2 · Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

3· Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.

4· Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

Impak Rumah Hijau:

Kenaikan suhu bumi
Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)
Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global
Kemarau
Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun
Penipisan lapisan ozon